30 November 2009

Bagaimana Sifat Pakaian Wanita Islam..?? (siri 3)

Salam semua pelawat-pelawat blog saya....harap anda semua sihat di samping orang tercinta dan tersayang......

Okey baiklah tanpa membuang masa lagi, mari kita sambung topik kita yang lepas ye....
Antara lain bahagian manakah aurat wanita islam boleh di perlihatkan ialah :

MUKA & LEHER

"Dan tingallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan seperti orang jahiliyyah yang terdahulu"

a: Bersolek(make up)
b: menurut miqtil :"Sengaja membiarkan ikatan tudung lain menampakkan leher seperti orang jahiliyyah"

Seterusnya ialah : Bahagian manakah aurat wanita islam tidak boleh di perlihatkan?

DADA
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutup dada-dada mereka"


WANGIAN
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu dianggap melakukan zina dan tipa-tiap mata itu adalah zina" (Riwayat Nasa'i, Ibn Khuzaimah Dan Hibban)

KAKI
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar di ketahui perhiasan yang mereka sembunyikan" (An-Nuur: 31)
a: Menampakkan kaki
b: Menghayunkan/melenggokkan mengikut hentakan kaki.


Okey, antara bahagian-bahagian aurat wanita islam yang tidak boleh diperlihatkan. Amacam setuju tak dengan info ini.... hah macam marah je....:) relex2.....
fikir positif ye.....nanti dulu..... ada hadiah untuk anda semua nanti.....
APA? Hadiah? HAdiah apa? Jom lihat di bawah pulak.....


YE...ni lah hadianya.........
KEPADA SIAPA AURAT WANITA ISLAM BOLEH DI PERLIHATKAN?

Okey ni la masa anda nak dedah aurat anda. Dah anda suka sangat komplen ni tak boleh itu tak boleh.. apa yang yang boleh? Ini lah yang yang bolehnya..... :)baca elok-elok ye....faham betul-betul... mesti kamu puah hati punyalah saya gerenti 100% muktamad!! Dah kamu nak sangatkan... so follow la nasihat ini.... :)

" Dan janganlah diperlihatkan perhiasan mereka kecuali suami-suami mereka, atau bapa-bapa mereka, atau bapa-bapa mertua mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka (anak tiri), atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita (rakan sejawat atau yang berkhidmat) dengan mereka, atau hamba sehaya mereka, atau orang-orang lelaki yang menjadi pengikut mereka yang tidak mempunyai syahwat (nafsu) kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum timbul berahinya apabila melihat aurat perempuan" (An-Nuur :31)

Amacam okey tak info ini.... saya harap anda fikir elok-elok sebelum berkata sesuatu, Bak kata pepatah " Terlajak perahu bleh berundur, terlajak kata anda binasa"

Saya harap anda semua memahi isi info yang di sampaikan.....

okey sekian.... jumpa lagi di lain hari.....

Salamat maju jaya untuk anda semua.... :)







(SUMBER DAN RUJUK DARI: JHEAK)

Tiada ulasan: