25 Disember 2010

Hasad dengki adakah ia sikap yang buruk ataupun sebaliknya? ( Siri 1 )

Asslamualaikum kepada semua pelawat-pelawat serta pembaca-pembaca setia blog Kehidupan Suatu Perjalanan ini. Nampknya sudah lama saya tidak mengemas kini blog saya. Maklumah sejak kebelakangan ini saya ahak sibuk sikit dengan tugas-tugas seharian saya sebagai seorang pelajar. So utamakan mana yang penting la dulu betol tak.

Okeylah, kita terus kepada entri baru kita pada kali ini ok. Sebagaimana tajuk entri pada kali ini, kadang-kadang terlintas juga di dalam sanubari ini, berfikir adakah hasad dengki ini adalah perkara yang betul-betul buruk untuk kehidupan seharian kita ataupun ianya adalah baik untuk kita? Baik mari kita sama-sama bincang yerr...

Baiklah, pada pandangan saya, perkara hasad dengki ini ada positif dan negartif. Sudah menjadi lumrah kehidupan kita setiap sesuatu yang terjadi mesti ada yang baik dan mesti ada buruk kan.... ? :)

Pada mula-mula sekali saya akan membincangkan hasad dengki dari sudut yang negatif dulu okey. Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan manusia yang sememangnya tidak dapat lari dari 'pemyakit hati' yang sentiasa mengajak manusia ke arah kerosakkan di tambah pula denngan jasutan syaitan laknatullah yang begitu licik mengoda hati manusia supaya melakukan kejahatan. Oleh sebab itu apabila nafsu hati sedang melihat akan kesenangan terhadap seseorang maka nafsu hati mula bergelora untuk menimbulkan perasaan dengki kepada seseorang itu maka syaitan-syaitan mula mengambil kesempatan untuk bertindak lebih agresif membisik sang hati supaya mencari jalan untuk memusnahkan kesenangan seseorang itu dengan apa kita lihat.

Apbila sang hati tadi sudah di pengaruhi oleh syaitan-syaitan, maka akan timbul pula api perasaan ketikpuasan hati kepada golongan yang sedang mengecapi kesenangan hidup. Sedangkan manusia yang kurang bernasib baik ini sentiasa berasa tidak puas hati apabila melihat sesetengah golongan yang senang ini.

Hasad dengki yang selalu terbit di dalam sang hati ini ialah keran kita sendiri yang suka terikut-ikut kehendak hati bukan akal fikiran. Sebab itulah puncanya berlakunya perasaan dengki mendengki ini terjadi. Dan pada masa yang sama juga kita gagal mengawal perasaan negetif kita dan juga gagal mengawal naluri sang hati supaya menghalang sang hati bertindak sedemikian. Kerana hasad dengki juga boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan yang besar di sebabkan hanya perkara remeh-temeh. Inilah yang di katakan 'penyakit hati' yang sememangnya akan menjadi barah dan parah jika tidak di 'rawat' dengan segera.

Baiklah..saya rasa elok saya tangguh dulu perbincgan dan perkongsian saya dengan anda semua untuk entri kali ini... kerana saya agak penat sikit hari ini. Dan jangan lupa kita akan sambungnya kembali di Siri ke-2 pula... nantikan sambungannnya... Tungguu tau... :)

Wassalam......