28 November 2009

Bagaimana Sifat Pakaian Wanita Islam..?? (siri 2)

Cara-cara Menutup Aurat Yang Di Tuntut Oleh Islam

Salam semua bagi pembaca/ pelawat blog saya semua. Saya harap anda semua sihat dalam wal'afiat. Sudah lama saya tidak update blog saya kerana terlalu sibuk dengan urusan seharian saya dan juga urusan di IPT. Fuh, memang penat juga la semester ini. Saya harap anda semua dalam keadaan cool..... :)


Okey, baiklah tanpa membuang masa lagi, saya akan memberi beberapa info untuk anda semua semoga info ini memberi manfaata kepada anda semua.... mari kita mulaka....

KENAPA WANITA ISLAM WAJIB MENUTUP AURAT?

Kita selalu mendengar keluhan dari sesiapa sahaja, ada yang tanya soalan bermacam-macam jenis tentang cara menutup aurat bagi kaum hawa. Dan kadang-kadang ada yang bertanya kenapa islam menyureuh kita menutup aurat. Ada juga sesetengah golongan mengatakan menutup aurat ni suatu yang merimaskan bagi golongan muslimat.
itu satu fenomena yang merungsingkan kita pada hari ini. Apa-apa pun sebelum anda berkata-kata yang hodoh dalam blog saya, pastikan anda membaca dulu entri say akali ini dan minta buat renungan bersama bab kata Nabil AF luu fikir laa sebdiri.... :) ok jom layan.....

KENAPA WANITA ISLAM WAJIB MENUTUP AURAT?


Sebagaimana yang kita ketahui bagi kaum hawa terlalu banyak aurat yang perlu mereka menjaga dari di perlihatkan oleh orang yang bukan muhrim. Keranaia termaktub dalam Al-Quran, Surah Al-Ahzab ayat 59nyang bermaksud :"HENDAKLAH MEREKA MENGHULURKAN TUDUNG KE SELURUH TUBUH MEREKA, SUPAYA MEREKA LEBIH MUDAH DIKENALI ORANG, KERANA ITUNMEREKA TIDAK DIGANGGU"


Ok sekarang kita tegok pulak bahagian manakah aurat wanita islam boleh di perlihatkan?

Rasulullah SAW telah bersabda : "Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan kedua-dua tapak tangannya hingga pergelangan"


MUKA DAN TANGAN

Asma' Binti Abu Bakar telah menemui RAsulullah SAW dengan memakai pakaian yang nipis. Sabda Rasulullah SAW : "Wahai Asma'! Sesunggunya seorang gadis yang telah berhaidh, tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelengan tangan dan wajah sahaja" (Riwayat Muslim dan Bukhari)

Sura An-Nisaa' ayat 34, ALLAH SWT berfirman : "Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita"

Sepotong ayat dari Surah AL-A'raf ayat 26, ALLAH SWT berfirman : " Hai anak keturunan Adam, Sesunggunya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk perhiasan, dan pakian Taqwa itu adalah paling baik"

Ok iu sahaja dulu entri saya untuk hari ini.... dah habis baca sila la renung-renung ye.. buat muhasabah :) jangan salahkan orang lain, tetapi salahkanlah pada diri sendiri...

Ok jumpa lagi sambungannya post akan datang (siri 3) ok.... tunggu ye..... :)

Tiada ulasan: