23 Jun 2009

Bagaimana Sifat Pakaian Wanita Islam..??

Islam tidak menentapkan dengan jelas bentuk atau fesyen pakaian wanita, sifat-sifat umum adalah:

  • -Pakaian hendak menutup seluruh badan melainkan yang dikecualikan sahaja.
  • - Pakaian tidak ketat melekat pada tubuh samada keseluruhan atau sebahagiannya.
  • -Pakaian tidak dari jenis kain nipis hingga tembus pandangan pada kulit badan.
  • - Fesyen pakaian tidak menyerupai bentuk pakaian lelaki atau pakaian wanita kafir atau pakaian wanita islam yang rosak aqidah.
  • Pakaian tidak disapu bau harum semerbak semasa keluar rumah.
  • Pakaian tidak sekali-kali boleh bermegah-megah atau menunjukkan lawa, tetapi semata-mata menutup aurat.
  • Warna pakaian tidak dari jenis yang boleh memikat lelaki ajnabi (tidak muhrim).

12 Jun 2009

Apakah Sebenarnya Erti Kejayaan.....


"Saya nak berjaya dalam hidup", "Jika kita tidak berjaya dalam sesuatu bidang kita diaggap tidak berjaya", " Saya mahu berjaya dalam pelajaran" itulah sebahgian ayat yang selulu kita dengar dari mulut orang yang ada cita-cita untuk berjaya. Persoalnnya, kejayaan yang bagaimanakah yang kita fahami sebenarnya dan baaimanakah corak kejayaan di gambarkan oleh seseorang? Hakikatnya sedarkah kita sebenarnya kita erti sebenarnya kejayaan itu? Kita sebagai umat islam yang mukmin, kita hendaklah bersiap sedia dengan amalan soleh yang di redhai ALLAH. Kita juga janganlah suka mementingkan diri sendiri dan juga lokek pada ilmu yang kita miliki. Ilmu yang kita miliki hendaknya kita sampaikan kepada orang tang memerlukan tanpa tanpa minta apa-apa keuntungan dari orang itu. Akan tetapi, pastikanlah kita semua umat islam sampaikanlah ilmu niat ikhlas kerana ALLAH dan juga kerana untuk mendapat pahala dariNYA. DAn ilmu yang lebih baik bagi kita semua untuk menyampaikan kepada orang yang memerlukan sudah semestinya ilmu AL-QURAN KARIM. Kerana ilmu AL-QURAN banyak hikmat-hikmatnya dan juga manfaat yang dapat kita perolehi.
Di samping itu juga, kita mestilah jaga solat kita semua, kerana solat itu adalah tiang ugama, jika kita abaikan solat, bermakna kita meruntuhkan agama islam kita yang kita cintai. Solat ini di ibartka seperti rumah kita, nak bina rumah mestilah ada tiangnya, mustahil bina rumah tanpa ada tiang, kalau tidak ada tiang maka rumah akan runtuh. Jadi, macam tulah juga agama, nak bina agama kena solat. Dan di padang mashar juga amalan yang mula-mula akan dihitung oleh ALLAH Taala kelak adalah solat. Maka berjayalah orang yang solatnya khusuk. Iaitu berjaya masuk syurga seletelah melepasi titian sirat.
Jadi, berjaya disini ialah kejayaan yang sebenar dan hakiki. Kerana berbekalkan amalan soleh du dunia dahulu, maka kita berjaya pada hari itu (Hari Akhirat) dengan sebenar-benar berjaya. Maka, hitunglah kamu sebelum kamu di hitung kelak. Wallahu 'alam.....

08 Jun 2009

Ilmu suatu anugerah TUHAN


Dari dulu, kini dan selamaya, kita semua memang dahaga akan ilmu, dan ilmu itu adalah penyuluh hidup. Ertinya, ilmu bagaikan seperti lilin atau pelita yang menerangi kegelapan malam. Walaupun ianya kecil dan juga nyalaan cahayanya tidak terang, tetapi sekurang-kurangnya ia boleh menyuluh atau menerangi kita jika berada dalam kegelapan. Dan ilmu sama juga konsepnya, iaitu membantu atau mendorong kita semua ke arah kebaikan dan ilmu juga mengeluarkan kita dari kegelapan(kejahilan) kepada ke arah cahaya (kepandaian). Ilmu yang di timba itu semestinya ilmu yang merangkumi duniawi dan ukhrawi yang juga mampu di terima pelbagai lapisan masyarakat, pelbagai kaum, pelbagai agama, demi kesepaduan ummat dunia sejagat.

Pesanan Buat Ar-Rijal & An-Nisa'

Sedikit renungan buat semua....

Bismilllahirrahmanirrahimmm..

Teman,

Atas tautan ukhwah

Juga atas satu dasar yg kukuh

Nan Aqidah Muslim,

Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..

Wahai temanku an nisa

Engkau sedia maklum,

Engkaulah hiasan dunia,

Lantaran fitrah itu,

Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,

Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,

Tetapi itulah hakikat kejadianmu..

Wahai temanku ar-rijal,

Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,

Yg seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,

Dan tentulah temanmu yg diimpi,

Seorang serikandi..

Wahai temanku an-nisa

Aku mengetahui halusnya perasaanmu,

Engkau ingin disayangi, ingin dimanjai,

Engkau juga ingin menyayangi juga ingin memanjai..

Dan aku juga tahu,

Temanmu ar-rijal juga begitu..

Tetapi temanku an-nisa

Ketahuilah engkau,

Bercinta itu fitrah,

Tetapi jgnlah engkau cemarkannya dengan fitnah.

Kalau benar engkau mengasihinya,

kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah,

Dan jika engkau benar mengasihinya KeranaNya,

Engkau tak kan bisa,

Melunakkan soutul engkau,

Engkau tidak kan bisa,

Melemparkan panahan menggodamu,

Kerana engkau tahu,

Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!

Dan engkau mengetahui,

Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,

Namun nafsu itu sentiasa beraja,

Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,

Nafsu raja yg menggila!

Kerana engkau tahu sahabatku an nisa

Dia kan terjerumus ke dlm api yg membara

Andai dia menjadi hamba raja nafsu yg gila..

Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?

Wahai temanku ar-rijal

Andai engkau mencintainya,

Cintailah ia keranaNya,

Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada dia,

Andai engkau mengasihinya keranaNya,

Engkau tidakkan bisa,

Mengajaknya bermukah di taman sepi,

Kerana engkau tahu,

Dia punya 9 nafsu, 1 akal,

Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?

Andai engkau mengasihinya kranaNya,

Engkau tidakkan bisa menyentuhnya

Walaupun yg ringan-ringan,

Kerana engkau tahu,

Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!

Dan engkau tahu bukan?

Zina tempatnya di api yg menjunam?

Apakah engkau benar mengasihinya,

Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

Sahabatku an-nisa

Sahabatku ar-rijal

Aku mengasihimu LILLAH,

Lantaran itu,

Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,

Manusia mana yg mampu hidup tanpa cinta?

Bercinta tak salah,

Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yg hakiki,

Dan engkau kan merasa cinta manusia .. Sedikit cuma..

Andai Dia yg engkau dahului, Engkau takkan gelisah,

Andai dia tidak mengirim sebarang sms,

Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di depan mata,

Engkau tidakkan rindu,

Andai sehari tidak bersua,

Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa mengatakan I love you.

Kerana engkau percaya..

DIA yg terbaik..

Lantaran DIA yg terbaik

DIA akan menentukan yg terbaik untukmu,

Dan andai dia yg terbaik untukmu,

DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..

Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN

Dan itulah yg terbaik buat kalian

Kalau ada jodoh tak ke mana..

Yakinlah!

Apakah benar engkau meyakini takdirNya?

Maafkan aku teman,

Bicaraku penuh ketegasan,

Aku tidak membencimu,

Tetapi aku membencimu munkar itu,

Dan kerana aku takutkan api yg menjunam itu,

Aku menegur yg mana mampu,

Kerana aku takut,

Andai aku tidak menegurmu,

Kita kan sama2 meredah lautan api....

Yg terlalu pedih, yg terlalu seksa, yg terlalu AZAB!!!

Nauzubillah min zalik

Sama2lah teman

Pagarilah imanmu

Agar si iman itu tidak terlepas

Cintailah IA,

Kerana DIAlah penjaga iman kita..

Yakinlah dengan IA..

Serahkan segalanya pada IA..

Kerana DIA tahu yg terbaik

Sedangkan kita tidak.

ALLAHualam.

Akhirul kalam Letakkan si DIA dlm hatimu,

Engkau akan merinduiNYA

Andai harimu tiada ingatan kpdNYA

Engkau akan gelisah andai DIA Tidak mendengar rintihanMu,

Engkau kan rindu

Andai DIA tidak memandangmu,

Engkau kan tak keruan andai

Doamu ditolak..

Dan itulah cinta hakiki..

Kerana engkau yakin

Di sana adanya sebuah Pertemuan di taman Syurga yg Indah..

Bercintalah kerana ALLAH..

Dan Engkau akan merasakan Erti bercinta yg sebenar

Insya ALLAH!!