26 Mei 2009

Jangan Lupa Al-Quran



Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun silih berganti. Bagitu juga dengan zaman yang penuh dengan perubahan dan juga cabaran. Al-Quran salah satu mukjizat Nabi S.A.W. yang mana Al-Quran yang di turun kepada Baginda S.A.W melalui perantaraan Malaikat Jibril A.S. Ayat yang mula-mula di turunkan kepada Baginda ialah dari Surah Al-'Alaq. Akan tetapi, pada zaman sekarang, begitu ramai orang lalai sehingga melupakn kitab Suci Al-Quran yang mana merupakan Kalam ALLAH Yang Maha Agung. Kta Sebagai manusia dan juga hamba kepadaNYA, janganlah melupakan AL-Quran dan melupakan ALLAH, kerana sesungguhnya ALLAH tidak pernah melupakan kita walaupun sesaat sekali pun. Dengan Al-Quran Yang DIA turunkan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W ini, maka kta mestilah menggunakan Al-Quran dengan Sebaik-baiknya dan bukan sekadar membacanya, bahkan mestilah faham dan hayati isi kandunga AL-Quran Karim.Sama-samalah kita bermuhasabah untuk kebaikan bersama untuk mncapai keredhaanNYA.