24 Oktober 2009

Antara Orang Yang Mengetahui Dengan Tidak Mengetahui

Adakah anda tahu perbezaan orang yang mngetahui dengan orang yang tidak mengetahui?
Maksud orang yang mengetahui disini ialah orang yang banyak ilmunya, lebih-lebih lagi ilmu berkaitan dengn agama, hukum-hakam, tentang fardhu 'ain, dan sebagainya. Dengan kata lain
orang yang mengetahui di difinisikan juga sebagai orang yang alim. Akan tetapi alim di sini tidak semestinya merujuk kepada orang yang kuat beribadat, solat tidak tinggal, tidak melakukan maksiat dan sebagainya. Tetapi alim di sni boleh juga di katakn sebagai orang yang memiliki ilmu yang banyak dalam dadanya seperti, pandai komputer, internet, multimedia, mancipta reka laman web, mereka cipta sesuatu design menggunakan perisian adobe photoshop, tahu tentang mengurus hal-hal teknikal dalam membaik pulih komputer dan sebagainya.

Maknanya disini, walaupun kita sudah fasih dalam bidang agama malah boleh di katakan sebagai pakar dalam ilmu agama(islam). Tetapi ilmu-ilmu lain masih boleh di tambah seperti ilmu sains, fizik, kimia, biologi, ekonomi biotek dan seumpamanya. Dengan kata lain, pencarian ilmu-ilmu alain masih boleh di timbah seberapa banyak yang mungkin selagi tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip islam. Malah boleh jadi kita boleh berdakwah atau mencapai seruan yang baik kepada orang lain tentang agama islam dengan kepakaran ilmu-ilmu sampingan kita miliki sekarang. Sebab itulah agama islam itu syumul atau menyeluruh melingkumi segala aspek-aspek dunia dan ukhrawi.

Sebaliknya, maksud orang yang tidak mengetahui ini pulak boleh juga merujuk kepada orang yang kurang ilmunya dalam diri seseorang. Walaupun begitu, kita jangan pulak terus menuduh orang yang kurang ilmu itu orang yang bodoh atau jahil. Mungkin ada sesetengah ilmu yang dia jahil atau tidak memiliki ilmu dalam bidang tersebut, tetapi dia amat pakar dan lebih profesional dalam bidang yang kita tidak ada pada kita.

Di sini kita dapat membuat kesimpulan awal, yang mana jika kita pakar dalam sesuatu bidang tertentu akan tetapi dalam bidang lain kita amat tidak mengetahui. Dan juga boleh jadi jika orang itu amat jahil atau tudak mahir dalam ilmu tertentu, tetapi dia amat mahir dalam bidang ilmu yang kita miliki.

Dengan kata lain, setiap manusia tidak dapat tidak mesti ada sifat kelebihan dan kekurangan dalam diri kita. Maka untuk memantapkan ilmu yang kita kurang maka kita hendak la tambah ilmu untuk kebaukan kita semua dan ummah sejagat dan ilmu tersebut mestilah niat kerana ALLAH serta di redhaiNYA. Kerana ada pepatah mengatkan, lautan ilmu jika di timba tidak akan kering lautan ilmu tersebut. Sebaliknya, lautan air jika di timba nescaya akan kering jika di timba beekali-kali. Akhir kalam..... jika kita memili limu yang hebat di anugerahkan kita oleh ALLAH, maka janganlah kita kedekut kerana kita tidak akan rugi malah dapat untung di sisi ALLAh di dunia di akhirat lebih-lebih lagi dapat untung dariNYA insyaALLAH, wallahu 'alaam.....

p/s : Jangan lupa untuk mengikut blog saya yang lain. Klik di sini

Tiada ulasan: