16 Julai 2010

Kita Kepunyaan ALLAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua para pembaca setia semua. Nampaknya blog ini agak lama menyepi. Saya memohon maaf kepada anda semua sebagai pembaca artikel saya kerana agak terlewat sedikit mengemaskini blog untuk post yang terbaru kerana ada sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan.

Baiklah untuk post / artikel blog kali ini kita akan membincangkan siapakah kita sebenarnya? dan kepunyaan siapakah kita ini?

Cuba kita renung sejenak, ambil masa beberapa minit cuba muhasabah siapakah diri kita ini? Apakah tujuan kita berada di dunia ini?

Apa yang kita peratikan ramai antara kita lupa asal usul kita dan tujuan kita berada di dunia ini. Kita hidup di dunia ini bukanlah hanya untuk bersuka ria, bukanhanya untuk berseronok semata-mata. Tetapi kita ada tujuan dan matlamat yang perlu di selesaikan di atas muka bumi ini. Kita juga sebagai manusia yang bertuah yang di gelarkan sebagai Khalifah di muka bumi ini semata-mata untuk mentadbir dan memakmurkan bumi ini mengikut acuaNYA yang telah DIA sediakan kepada kita semua. Tetapi sayangnya kita ini banyak terleka dan lalai dengan tanggungjawab ini serta telahpun lari dari tujuan dan matlamat asal singgah di bumi ini.

Apa yang kita nak tekankan di sini ialah kita perlu ingat dan sedar bahawa kita ini asal datang dari ALLAH dan kita semua adalah milik ALLAH. Kita kepunyaan ALLAH. Cuba kita semak balik dan cuba buat renungan 5-10 minit. Cuba kita tengok dan perhatikan TUHAN dan sediakan udara kepada kita untuk keperluan kita dan juga untuk tumbuhan-tumbujan, TUHAN juga telah sediakan kepada kita akal yang baik dan sempuerna untuk kita berfikir akan tentang hasil ciptaanNYA, Kita juga TUAHAN sediakan mata, tangan, kaki telinga, hidung, serta anggota-anggota badan kita yang lain untuk kita hidup lebih selesa dan sempurna.

Akan tetapi sedarkah kita, adakah kita semua bersyukur akan nikmat-nikmatNYA yang telah DIA kurniakan kepada kita? Serta adalah kita telah pun laksanakan dan tunaikan akan hah-hahNYA sebagaimana yang DIA kehendaki? Sedarkan kita bahawa setiap anggota kita itu semua yang DIA bagi kepada kita adalah hanya pinjaman sementara sahaja. Dan anggota badan kita akan di di persoalkan olehNYA kelak dengan apa yang telah kita kerjakan semasa di dunia semasa hidup di bumiNYA.

Sebagai hambaNYA yang berada di bumiNYA ini, kita perlulah berusaha mengorak langkah ke arah kebaikan dan kita perlu berusaha untuk melaksanakan akan kehendakNYA dan tunaikan hak-hakNYA mengikut garis panduan yang DIA sediakan kepadakita semua iaitu tidak lain tidak bukan sebuah AL-Quran Nul Karim.

Saya rasa cukup dulu untuk perbncangan kita kali ini. Di lain kali kita akan sambung lagi topik yang sama insyALLAH. Semoga perbincngan kita kali ini dapat menyedarkan kita semua untuk menjadi insan yang kamil dan bersahsiah murni di sisiNYA dan di redhaiNYA amin....

Semoga kita akan berjumpa lagi lain kali pada topik yang sama. Jangan lupa ikuti sambunganya nanti.......

Salam ukhwah dari saya. :)

Tiada ulasan: