12 Januari 2011

Hasad Dengki Adalah Suatu Sikap Yang Baik...???? (Siri 2)

Assalamualaikum kepada semua pelawat-pelawat dan juga pembaca setia Blog Kehidupan Suatu Perjalanan. Selamt bertemu lagi kita di ruang alam maya ini tidak lain dan tidak bukan, hanyalah untuk menambah ilmu dan juga untuk berkongsi pendapat serta idea-idea ilmu yang bermanfaat untuk kesejahteraan ummat kita bersama, agar kita dapat rahmat dariNYA. Saya berdoa agar para pembaca semua dalam keadaan sihat dan sejahtera di sisiNYa selalu.

Merujuk kepada entri yang lepas, penulis ada membincangkan tentang HASAD DENGKI yang menuju ke arah yang tidak baik. Selain itu juga saya mencerita akan kesan-kesan hasad dengki yang wujud di dalam HATI setia individu yang gagal mengawal perasaan emosinya dan sebagainya.

Untuk entri pada kali ini pula penulis ingin berkongsi dengan pembaca bahawa Sikap dengki ini ada juga baiknya. Kita janganlah terlalu negatif terhadap sesuatu yang buruk. Tidak semestinya perkara yang buruk itu betul-betul negatif dan tidak baik. Tetapi kadangkala ada juga perkara yang baik pun adalah perkara yang buruk malah ianya lebih teruk dari perkara yang betul-betul buruk.

Mari kita sama-sama renung-renung dan sama-sama lihat di mana letaknya kebaikan dan kelebihan hasad dengki ini serta menjadi perkara yang menjurus kepada kecemerlangan atas individu itu sendiri.

Baiklah, sebagai contoh yang pertama, jika seseorang pelajar itu kurang bernasib baik dalam pelajarannya. Maka di sebabkan itu itu terpaksa di singkir ke dalam kelas yang mungkin berada di kelas-kelas yang hujung-hujung ataupun berada berasama dengan golongan-golongan yang kurang pintar. Maka kerana dengkinya dia melihat kawan-kawannya yang sebelum ini berada bersama dengannya tidak tersingkir. Di sebabkan dia sedar bahawa dia sekarang sedang menuju ke arah kejatuhannaya serta kemerosotannya, kerana risauanya dia jika di 'COP' sebagai golongan yang gagal setelah tamat dalam peperiksaan sebenar, maka dia akan timbul rasa dengki dan dendam pada diri sendiri dengan melihat kawan-kawannya sedang maju, maka tindakan yang dia bakal ambil seterusnya ialah akan berusaha bersungguh-sungguh demi membuktikan kepada dirinya sendiri serta kawan-kawannnya yang lain bahawa yang dia yang berada di kelas paling akhir ini mampu berjaya malah lebih hebat dari golongan-golongan kawan-kawannya yang berada di kelas-kelas dengan golongan-golongan yang pintar. Dengan berkat yang dia usahakan maka sekaligus membuktikan kepada semua guru-gurunya dan mengaharum nama baiknya sekolahnya yang dia adalah golongan yang kurang pintar mampu berjaya dengan segala apa yang di ushakannya kerana dengki dan dendam dirinya sendiri stelah di singkirkan dari kelas pintar pada ketika dahulu.

Baiklah sekarang penulis bagi contoh yang ke dua pula mengenai kebaikkan di sebalik hasad dengki. Jika kita bincang pula mengenai seorang peniaga ataupun usahawanan. Pada suatu ketika dahulu si peniaga amat berjaya dalam bidang perniagaannya, rezekinya tidak putus-putus masuk bagaikan air sungai mengalir. Maka tibanya suatu hari, pernigaannnya kian merosot akibat adanya persaingan-persaiangan lain yang jauh lebih hebat darinya. Maka setlah kian hari kian merosot perniagaannya, tidak cukup dengan itu, di tambah pula dengan ejakan dan hinaan daripada persaiangan yang lain. Oleh sebab kejadian itu maka dalam hatinya timbul perasaan dengki dan dendam terhadap pesaing-pesaingnya. Maka untuk mengatasinya dia akan bersusaha dengan lebih bersungguh-sungguh dan mencari strategi yang baru dan perancangan yang lain dari yang lain demi mengembalikan kemajuan perniagaannya. Si peniaga tadi akan jadikan kritikan, cacian,hinaan, kedengkian, dendam dan sebagainya sebagai ramuan dan pembakar semangat untuk berjaya dan meningkatkkan kembali perniagaan. Hasil kesungguhnnya yang tidak kenal erti putus asa dan semangat berkobar-kobar demi membuktikan kepada pesaing-pesaingnya yang sebelum ini memperlekehkannya dan hinaan, maka dia mula berjaya dan kembali berada di persada kejyaan yang gemilang dan cemerlang.

Maka kesimpulnnya yang dapat penulis katakan di sini ialah hasad dengki ini tidak semestinya betul-betul perkara yang negetif dan buruk dan kadangkala ianya datang dengan kebaikkan dan mampu membuatkan kita lebih bersemangat dan bermotivasi tinggi demi mencapai matlamat yang kita sasarkan.

Baiklah sampai di sini dahulu sahaja yang penulis ingin kongsikan kepada para pembaca-pembaca blog ini.

Kita akan jumpa lagi di lain hari...... yeer.... :)

Tunggu la entri yang akan datang.... tunggu jangan tak tunggu...... :)

Tiada ulasan: