12 Jun 2009

Apakah Sebenarnya Erti Kejayaan.....


"Saya nak berjaya dalam hidup", "Jika kita tidak berjaya dalam sesuatu bidang kita diaggap tidak berjaya", " Saya mahu berjaya dalam pelajaran" itulah sebahgian ayat yang selulu kita dengar dari mulut orang yang ada cita-cita untuk berjaya. Persoalnnya, kejayaan yang bagaimanakah yang kita fahami sebenarnya dan baaimanakah corak kejayaan di gambarkan oleh seseorang? Hakikatnya sedarkah kita sebenarnya kita erti sebenarnya kejayaan itu? Kita sebagai umat islam yang mukmin, kita hendaklah bersiap sedia dengan amalan soleh yang di redhai ALLAH. Kita juga janganlah suka mementingkan diri sendiri dan juga lokek pada ilmu yang kita miliki. Ilmu yang kita miliki hendaknya kita sampaikan kepada orang tang memerlukan tanpa tanpa minta apa-apa keuntungan dari orang itu. Akan tetapi, pastikanlah kita semua umat islam sampaikanlah ilmu niat ikhlas kerana ALLAH dan juga kerana untuk mendapat pahala dariNYA. DAn ilmu yang lebih baik bagi kita semua untuk menyampaikan kepada orang yang memerlukan sudah semestinya ilmu AL-QURAN KARIM. Kerana ilmu AL-QURAN banyak hikmat-hikmatnya dan juga manfaat yang dapat kita perolehi.
Di samping itu juga, kita mestilah jaga solat kita semua, kerana solat itu adalah tiang ugama, jika kita abaikan solat, bermakna kita meruntuhkan agama islam kita yang kita cintai. Solat ini di ibartka seperti rumah kita, nak bina rumah mestilah ada tiangnya, mustahil bina rumah tanpa ada tiang, kalau tidak ada tiang maka rumah akan runtuh. Jadi, macam tulah juga agama, nak bina agama kena solat. Dan di padang mashar juga amalan yang mula-mula akan dihitung oleh ALLAH Taala kelak adalah solat. Maka berjayalah orang yang solatnya khusuk. Iaitu berjaya masuk syurga seletelah melepasi titian sirat.
Jadi, berjaya disini ialah kejayaan yang sebenar dan hakiki. Kerana berbekalkan amalan soleh du dunia dahulu, maka kita berjaya pada hari itu (Hari Akhirat) dengan sebenar-benar berjaya. Maka, hitunglah kamu sebelum kamu di hitung kelak. Wallahu 'alam.....

Tiada ulasan: